Gambar Pilihan

Showing posts with label Berita Kampus. Show all posts
Showing posts with label Berita Kampus. Show all posts

Monday 1 June 2015

TIMBA ILMU KOMUNIKASI PEMBANGUNAN MELALUI LAWATAN KORPORAT




OLEH: ADILLATUL HASIF NASAH



ALOR SETAR 28 April- Seramai 21 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM) menimba ilmu komunikasi pembangunan melalui lawatan korporat ke beberapa buah organisasi di sekitar Bandaraya Alor Setar baru-baru ini.
Lawatan ini melibatkan tiga buah organisasi kerajaan iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Lawatan ke organisasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar jurusan komunikasi tentang proses pelaksanaan aktiviti komunikasi oleh organisasi badan berkanun khususnya memberi kesedaran kepada masyarakat dalam hal ehwal pembangunan.
Menurut Adzuldin Mohamed, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah, komunikasi yang paling efektif untuk memberi kesadaran masyarakat berhubung dengan isu pembangunan kesihatan ialah dengan kaedah bersemuka.
“Jabatan Kesihatan akan sentisa turun padang berjumpa dan bersemuka dengan masyarakat untuk memberi pendedahan dari aspek penjaggaan kesihatan seperti denggi, malaria dan sebagainya” ujar beliau.
Pendapat tentang keberkesanan komunikasi bersemuka dalam menyampaikan maklumat prmbangunan kepada masyarakat turut disokong oleh Zulfadli Zakaria, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan Mohd Hafizi Zakaria, Ketua Pegawai Perhubungan Awam MADA.
Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui secara lanjut  tentang pekhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi terlibat bagi membantu pembangunan masyarakat tempatan. Jelas pensyarah pengiring Nor Hayati Jalil.
Menurut peserta program, Siti Salina M. Ramli, 23, banyak infomasi yang diperoleh melalui program lawatan korporat ini.
“Program ini telah mendedahkan kami tentang bagaimana cara sesebuah organisasi menyebarkan idea dan makumat pembangunan kepada masyarakat terutamanya pada zaman moden sebegini.”
Tambahnya lagi, “Sepanjang program ini, kami telah didedahkan tentang aktiviti pembangunan yang dianjurkan oleh organisasi bersama masyarakat setempat.”
“Melalui perkongsian interaksi dan pengalaman, pihak organisasi telah memberikan gambaran yang jelas kepada kami tentang proses-proses komunikasi yang digunakan oleh organisasi untuk menyampaikan maklumat pembangunan kepada masyarakat,” tambah Salina lagi.
Seorang lagi peserta program, Mohd Badrul Hisham Jali, 23, turut memberikan sokongan terhadab penganjuran program sebegini.
“Program sebegini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar komunikasi untuk menghadapi alam perkerjaan pada masa akan datang,” kata Badrul.
“ Dalam setiap sesi taklimat, kita didedahkan dengan pelbagai tugasan-tugasan yang dilakukan oleh organisasi untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Semasa berada di dalam kelas, kita didik secara teori tentang bagaimana menyebarkan maklumat kepada orang awam, namun dalam lawatan ini kita boleh melihat secara praktikal bagaimana tugasan ini dilakukan,” ujarnya.
Program ini juga turut disertai oleh dua orang pensyarah pengiring iaitu Mohd Baharudin Othman dan Nor Hayati Mohd Jalil.  



Antara peserta dan pensyarah yang terlibat dalam lawatan korporat

KLINIK GOLF ASAH KEMAHIRAN SUKAN GOLF






OLEH: ADILLATUL HASIF NASAH



Antara peserta dan pensyarah yang menghadiri Program Klinik Golf Anjuran IPRMSA-UUM Chapter dengan kerjasama Akademi Golf Kebagsaan UUM


SINTOK- The Institute Of Public Relations Malaysia Student Association – UUM Chapter (IPRMSA-UUM) dengan kerjasama Akedemi Golf Kebagnsaan UUM telah menganjurkan program Klinik Golf sebagai wadah memperkenalkan sukan golf dan mengasah kemahiran mahasiswa terhadap sukan ini.
Pengarah programnya, Nurul Atirah Abdullah, 21, berkata, aktiviti ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa UUM terhadap teknik sukan golf terutamanya kepada mereka yang berminat untuk merasai  sendiri pengalaman bermain golf.
 “Sebenarnya, ramai pelajar yang menyuarakan keinginan untuk merasai sendiri pengalaman bermain golf, namun disebabkan tiada pengalaman, mereka malu untuk menggunakan kemudahan bermain golf yang ditawarkan oleh Akademi Golf Kebangsaan yang beroperasi di UUM”
 “Selain itu, program sebegini juga bertujuan untuk mengubah persepsi pelajar yang melihat sukan golf ini cuma sesuai untuk dimainkan olah golongan elit sahaja. Dengan adanya sesi taklimat sebelum program dijalankan, kami berpeluang untuk memberi didikan kepada pelajar sekaligus mengubah persepsi negatif itu.” katanya.
Salah seorang peserta program, Noraida Ishak, 23, pelajar Program Komunikasi UUM turut memuji penganjuran program ini.
Noraida berkata program sebegini telah memberi peluang kepadanya untuk mempelajari teknik bermain golf dengan betul.
“Sebelum ini saya menganggap bahawa sukan golf ini mudah untuk dimainkan, namun selepas mencubanya, ternyata ia memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan sasaran pukulan yang tepat”
“Saya berharap agar pihak penganjur akan mengadakan program ini secara berterusan supaya lebih ramai pelajar UUM mengenali sukan golf dengan lebih dekat lagi,” tambahnya.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari mahasiswa/i UUM. Rata-rata peserta yang terlibat dalam program ini berpuas hati dengan sesi latihan yang dikendalikan oleh atlet Akademi Golf Kebangsaan yang juga merupakan pelajar Program Komunikasi.
Dalam program ini, sebanyak dua sesi latihan yang dilakukan. Sesi pertama ialah sesi latihan pukulan jarak jauh dan sesi kedua pula ialah sesi latihan pukulan jarak